Pages

Tuesday, January 31, 2012

My Prophet's s.a.w parents,,

Ayyash:  Mana Pak Long ni? Dah berjam-jam kita tunggu.
Qutuz:    Sabarlah,dia kata dia baru hbs meeting,,nnti sampailah tu.
Fateh:     Bang,tadi kawan saya,Tan Xi Pua cerita abang dia kena halau dgn ayah dia,,sebab masuk  Islam.Nangis dia masuk kelas tadi,,dia rapat sgt dgn abang dia.
Qutuz:    Abang Tan yang belajar dekat Sunway College tu? Member abang tu.
Fateh:     Alhamdulillah,Allah bagi dia Hidayah. Mama kan prnh cerita ttg sahabat nabi .Ibu dia pun xmasuk Islam.Namun,krn berkat doa,Allah memberi hidayah kpd mak dia.
Ayyash:  Betul tu.
Fateh:    Nnti klu abg contact abang Tan,abang nasihatkan dia spy bnyk bersabar dan doakan agar keluarganya dpt hidayah.
Qutuz:   InsyaAllah,,,

Ayyash: Tapi kan,abang.Kesian kan org2 Islam yang sebahagian dr family diorang still kafir.Nanti dlm syurga nk wat reunion,xcukup ahli…
Fateh:    Eh,bang.Habis tu nabi camne? Setahu saya,ibu,ayah n pak cik nabi xmasuk Islam.Mereka masuk neraka ke?
Ayyash: Apa?Kesiannya nabi,,,
Qutuz:   Fateh,xbaiklah hang ckp macam tu.Kan Pak Long srh berhati2 klu nk ckp apa2 ttg Nabi.Kalaulah nabi ada bersama ngn kita,mesti terguris nabi.
Ayyash: Cakap dgn dalil dong,,,

Fateh:    Baik,saya ada dalil lah,,
Rasulullah pernah bersabda:
((Aku meminta izin kepada Tuhanku untuk memohon keampunan kpd bondaku,tetapi Dia tidak mengizinkan aku.Lalu aku meminta izin untuk menziarahi aku. Lalu aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya,lalu Dia mengizinkan aku.))
Qutuz:  Eh,abang tak berani commentla,tggu Pak Longlah.

(Pak Long pun mai dari belakang,,,,mcm filem pulak,,tiba2 muncul)

Pak Long: Assalamualaikum,(serentak mereka menjawab salam)
Bincang apa meriah nmpak.Maaf lewat sikit.Jam kat batu tiga.
Ayyash:   Okie dokie.
Qutuz:     Camni Pak Long.Tdi ktorg bncng ttg status Ayahanda dan Bonda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka ni ke nereka atau ke syurga.Fateh,cuba hang baca hadis tadi.

(Fateh pun membacakan hadis yg dikeluarkan olh Muslim dalam sohihnya)

Pak Long mengangguk,kemudian berkata, “Cuba dengar yg ni pulak,
Seorg lelaki berkata:
“Wahai Rasulullah.Di manakah ayahku berada? Sabda Rasulullah s.a.w : ((Di dalam neraka.)) Apabila lelaki itu berpaling Nabi s.a.w memanggilnya lalu bersabda, ((Sesungguhnya ayahku dan ayahmu berada di dalam neraka.)) “

Fateh:   Aisy,,lagi terang lagi bersuluh.Kan betul apa yg saya tnya tadi.
Qutuz:  Tapi,Pak Long.Bukan ke nenek-moyang Nabi s.a.w adalah golongan terpilih dan terbaik??
Pak Long: Fateh,Qutuz,Ayyash. Segala permasalahan kita hendaklah rujuk kepada AlQuran dan Sunnah.Dan dalil2 ini,kita tak boleh ambil zahirnya shj,kt kena takwil.Krn ada makna tersirat di  sebalik stp dalil.
Ayyash:  Pak Long,saya tak faham.

Pak Long:  Baik,hadis yang yg Fateh baca tu tak de penjelasan pun bhw bonda baginda s.a.w berada didlm neraka.Hanya yg dijelaskan Baginda tidak diizinkan memohon keampunan.Ini tak bermakan Bonda nabi musyrik,kafir.Kalau ye,mesti Allah tak izinkan Baginda s.a.w ziarah kubur bonda Baginda s.a.w sbb tak harus menziarahi kubur org musyrik.

Qutuz:   Hadis yang Pak Long baca tadi camne pulak??

Pak Long:  Hadis yg kedua pula,boleh diandaikan maksud ‘ayah’ dlm hadits ialah bapa saudara nabi s.a.w.Kerana Abu Talib meninggal dunia slps nabi s.a.w dilantik mjadi rasul dan Abu Talib tak juga masuk Islam.

Fateh: Haah,org Arab biasanya guna perkataan ‘أب ‘ (ayah) utk panggilan bapa saudara.
Qutuz: Betul tu,Allah berfirman ttg nabi Ibrahim a.s :
(( Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim a.s berkata kpd bapanya (bapa saudaranya ) Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala2 sbg tuhan2?” ))
Pak Long: Tambahan,ayahanda nabi Ibrahim namanya Tarih atau Tarikh.

Ayyasy:  Baik stp benda kena dalil kan? Then,apa dalil yg menyokong ibu bapa Nabi s.a.w bkn ahli neraka?
Pak Long:  Nenek-moyang nabi bukanalah musyrik krn mereka tidak diutuskan nabi pun.Mereka digelar ahli fatrah iaitu org yg hidup dlm tempoh pertukaran syariat tauhid antara seorang nabi dgn seorg nabi.Ulamak besepakat bhw ahli fatrah tidak diazab.
Allah berfirman : {وما كنا معذبين حتى نبعث رسولا}
yg bermaksud : “dan tidaklah Kami mengazab sesiapa pun sblm Kami mengutuskan seorg Rasul.
Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
((Sesungguhnya Allah tlh menjadikan makhluk,maka Dia menjadikan aku dari sebaik-baik makhluk,dari sebaik-baik kurun.Kemudian Allah memilih qabilah-qabilah maka Dia memilih aku dari sebaik-baik qabilah.Kemudian Dia memilih keluarga maka Dia menjadikan aku dari sebiak-baik keluarga.Maka aku adalah terbaik dari kalangan mereka padaa diri dan juga keluarga .))
Dari hadith ini,Rasulullah s.a.w telah menyifatkan keturunannya dgn kesucian dan kebaikan dan menafikan kekufuran dan kesyirikan.

Fateh:     Dan org kafir itu najis!
Ayyash:  Najis??
Pak Long: Najis dari segi pegangan mereka,i3tiqod.Jadi akhir kata,ibu bapa Nabi s.a.w terselamat daripada azab Allah,bahkan seluruh nenek-moyang Baginda s.a.w juga terselamat.

(Ayyasy bangun.Semua mata tertumpu ke arahnya)

Ayyash:Maaf,ada appointment ngn Mr.Toilet.Sambung-sambung.
Pak Long: Pak Long rasa itu je kot.Seronok juga petang ni sembang2 ilmiah.
Qutuz:Dah nak maghrib,xjadila main bola.Esok,Pak Long turun padang .Join kitorg .
Fateh: Pak Long semenjak hidup berdua,dah tak nampak ktorg.haha..
Pak Long: Pak Long bukannya apa,,Mak Long kamu tu ha,,,heheh
(Allahuakbar,,,,Allahuakbar,,,,,,,)
Qutuz: Dah azan,,jom.Walid nmpak xamek wuduk lagi,nnti kena cam smlm..
(dah habis,,,)


Sumber:
Fatwa Prof Dr Ali Jumuaah,Mufti Mesir,dikeluarkan olh Muhammad Fuad b.Kamaluddin.
Diceritakan semula olh -org yg nk p Turki!!!-

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com