Pages

Wednesday, January 11, 2012

Seorang abang seperti dia,,,

BismillahirRahmanirRahim 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani




Irfan melepaskan lelah.Dia mengelap keringat di dahinya .Sungguh terik matahari petang itu. Dia menyanyi riang sambil membetulkan cermin keretanya. Merah,berkilat.Asyik2 dia mengelap keretanya,sayang benar dia dengan hadiah dari Abangnya atas kejayaan menggenggam segulung ijazah. 

Sedang dia mengelamun,di suatu sudut,,seorang budak jalanan sedang berjalan mengelilingi keretanya.Tangannya yg kecil meraba2 tubuh kereta Irfan. Irfan tak marah,dia tahu buat apa nak sombong,hidup pun atas tanah Allah. Dia tersenyum memandang budak itu. Budak itu mendongak ke arahnya,” Abang,ni kereta abang ,ye? “ Irfan mengangguk. “Abang punya abang yg hadiahkan.”Irfan menjawab,mendekatkan dirinya dgn budak itu. Budak itu terkesima.

“Maksudnya,,,abang punya abang bagi tanpa minta duit sikit pun? Wah,saya harap,,,” lambat dia menghabiskan kata2nya.Irfan tahu apa yg diharapkan budak yg bernama Fateh itu.Mesti Fateh berharap utk mempunyai seorg abang seperti abangnya. Namun,,,kata2 Fateh benar2 memeranjatkan dirinya. “Saya harap,” pandangannya ditundukkan, “saya harap dapat jadi seorang abang seperti dia.” Irfan memandang Fateh kehairanan,dia mengerutkan keningnya. ”Nak tak pusing-pusing dgn kereta abang?Kita rasa udara petang.” “Wah,nak,,saya suka sangat!”

Setelah beberapa ketika,Fateh menoleh ke arah Irfan,matanya seperti meminta harapan,” Abang Irfan,boleh tak kalau abang bawa kereta sampai depan rumah saya?” Ifran tersenyum,menampakkan lagi lesung pipitnya. Dia tahu benar apa yang diharapkan Fateh,dia mahu menunjukkan kpd semua jirannnya bhw dia mampu pulang ke rumah dgn menaiki kereta…Namun,Irfan salah lagi kali ini. “Abang berhenti kat depan tangga tu,ye” pinta Fateh. Irfan memberhentikan pacuan empat rodanya.Fateh keluar dan berlari menaiki anak tangga. Tak berpa lama kemudian,Irfan terdengar Fateh kembali,namun dia tidak bergerak pantas. Dia sedang mengendong adiknya yg lumpuh.Dia mendudukkan adiknya di anak tangga dan beriya2 menunjukkan adiknya kereta tersebut.

“Ni la Kimi,mcm yg abang cerita kat atas tadi. Abang orang ni hadiahkan dia kereta ni,tanpa satu sen pun.Dan,suatu hari,abang akan bagi Kimi sebiji mcm yang ni…nanti Kimi bolehlah tengok semua benda yg indah kat dunia ni kat tepi tingkap,semua yg abang ceritakan.”

Air mata Irfan tertumpah.Dia keluar dari kereta,menuju kearah Kimi.Irfan mengangkatnya dan mendudukkan dia di kerusi hadapan. Bersinar2 mata Kimi di sebelahnya.Fateh menutup pintu kereta.Irfan mula menghidupkan enjin.Hari itu Irfan mempelajari apa yang dikatakan kekasih kita semua,Rasulullah s.a.w : Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com