بسم الله الرحمن الرحيم
Allah berfirman:
Sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang beriman [1] Iaitu
mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya [2] -almukminun
Apa itu khusyuk?
Ketenangan ? Kepatuhan ?
Lebih kuranglah maksudnya,,,Haa,khusyuk
ialah menghadirkan pemikiran yang sempurna dalam solat , bersama-sama rasa hina
dan hati yang gementar kepada Allah s.w.t,dgn mengharapkan rahmatNya dan
ghairah terhadap SyurgaNya.
Tapi,bagaimana untuk
mendapatkan Khusyuk? Post kali ini menceritakan 5 tips mudah yang saya ambil
dari kitab 99 Nasihat Bagaimana Khusyuk Bersolat karya Saamir Imran,terjemahan
Abd Khairi al-Latifi. Dari 99,saya ambil 5 yang paling mudah.InsyaAllah.
Solat
khusyuk bila Wuduk khusyuk!
Jangan
pandang ringan kerana solat tidak sah tanpa wudhuk. Tak payah tengok orang
lainla,kadang2 diri kita sendiri pun .Imam dah angkat takbir,tergesa2 kita
ambil wuduk.Mungkin ada bahagian anggota wuduk yg tidak terkena air.Selain itu
pembaziran air ketika wuduk.Nabi s.a.w sering berpesan walau kita berwuduk di
laut sekalipun,jangan membazir.Sheikh Yusri memberitahu sewaktu membicangkan
hadis dalam sunan Ibn Majah,bahawa Nabi Muhammad mengambil wuduk tak sampai
1Liter!! Kita?
Jom
gosok gigi!
Tengahari tadi baru baham Nasi Goreng Ayam
dengan petai.Tengah solat, pok cik sebelah tengah garu hidung,,,,lama pulak tu!
Sebenarnya tak gatal mana pun,tapi tengah tutup hidung,,menahan udara-udara.
Hah! Hangpa pun confirm tak khusyuk,lebih2 lagi kalau serpihan buah laici
terlekat di celah gigi….aisy,siapa pun tak khusyuk.So ,apa susah,sblm
solat,gosok gigi!
Solat berjemaah di masjid
Nabi
Muhammad s.a.w mengambil berat solat berjemaah walaupun ketika baginda sakit
dan terpaksa dipapah sahabat. Bila kita ke masjid dan solat itu dipimpin oleh
Imam yang elok bacaannya ,disertai rukun dan tamakninah yg sempurnaa,khusyuk
akan datang. Masa itu kita tak fikir apa2 lagi,melainkan hati kita berkata,
“Allah sedang melihat kau…”
Bersolatlah
seolah2 itu solat yg terakhir yg anda kerjakan sebelum meninggalkan dunia
Rasulullah
bersabda : (( Apabila anda berdiri mengerjakan solat maka kerjakanlah ia
sebagai solat ucapan selamat tinggal (solat yang terakhir).)) [Sahihul Jami’].
Oleh
itu,ingat sabda Nabi s.a.w ini ketika anda berdiri utk mengerjakan solat agar
lahir dalam jiwa anda perasaan takut yg mewujudkan kekhusyukan.
Meneladani solat Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Antara contoh:
Kaki Rasulullah s.a.w menjadi bengkak kerana berdiri begitu lama
dalam rakaat-rakaat solat.Orang ramai mula mengemukakan alasan2 kepada baginda.
“ Ya Rasulullah s.a.w ! Tuan tidak ada dosa ttp masih bertungkus-lumus begini!”
Baginda menjawab : ((Tidakkah patut aku menjadi seorang hamba Allah yang
bersyukur?))
Sahabat,Abdullah bin Zubair
r.a pula ketika sujud beliau sujud
begitu lama tanpa bergerak2 sehingga burung2 datang bertenggek di belakangnya.
Inilah 5 tips yang sy rasa
mudah tapi payah utk diamalkan tp insyaAllah dengan usaha yg berterusan dan
doa….Katakan boleh!! (haha,semangat!)
p/s baru blk PD,dah lama x
berendam ayak masin,teringt masa muda2 dulu ke Marsa Matruh. On the way balik
ke Shah Alam,singgah di Xtreme Park sbb abah n Bam nk bergo kart. Hamba malas
nk main go kart,xde mood.Ingat nk main paintball je,tgk2 ada mainan baru! Archery!! Hamba pun memanah la,,,Last main
pung masa SPM,masa tu panah hamba termasuk ladang kelapa sawit.Semangat!! Pastu
hamba teringat hadis yg Dr Redha ajar makruh bg sesiapa yg belajar memanah tp
xnak amalkannya! Oh,,,tidak!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment