بسم الله الرحمن الرحيم
Kita memang tak lari dari kesalahan. Kalau dengan
manusia,cepat benor kita mohon maaf.
Cuba kita buat salah
dgn alKhaliq,yang mencipta kita,,ada aje alasan.
Tunggul esoklah,
alaaa,,tua
pun blh minta ampun,,
malam kanglah aku
merintih,Allah kan maha pengampun.
Itu tahan ada perasaan ,,yang tak de rasa apa-apa? Relax
je,,,lagi payah.Moga kita menjadi hambaNya yg sering bertaubat,kerana Allah
suka kpd hambaNya yg sering mengingatinya,meminta ampun kepadanya.
Bila kita terbuat sesuatu yg dilarang Allah,bersegeralah
memohon ampun. Tapi bagaimana?
Post kali ttg 3 tips memohon keampunan kepada Allah yg simple tp xramai yg mampu buat..
Istighfar
Astaghfirullahal3azhim,,,lazimilah ia sepanjang
masa dgn rasa kekesalan.
Puasa
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Ramadan yang bakal menjelma ini,rebutlah peluang sebaik yg mgkin,insyaAllah.
Ramadan yang bakal menjelma ini,rebutlah peluang sebaik yg mgkin,insyaAllah.
Doa
Selain kita berdoa agar Allah mengampunkan
segala dosa kita yang bagaikan pasir di pantai.Minta orang lain sama mendoakan
kita. Doa anak yg soleh ,orang yang menghadiri majlis ilmu,,,antara doa2 yg
dimakbulkan Allah.
Haa,,senangkan? Lepas ini,lazimilah taubat,,tak
rugi,malah faedahnya berkali2 ganda pada diri kita.Selamat beramal!
p/s baru balik dari Johor,menyertai program K-Fikh,,,InsyaAllah di kesempatan lain,akn sy huraikan apa yg dbncgkan di sana. Sedih xdpt cakap dgn Dr.Zahazan n Dr.Zaharuddin.Dpt bergambar blkg Dr.Zahazan pun jadilah,,,,

No comments:
Post a Comment