بسم الله الرحمن الرحيم
Allah bersifat dgn alQayyum, iaitu berdiri dgn sendiri,salah
satu dari sifat2 yang wajib pada Allah ,tuhan sekalian alam.Allah tak perlukan
apa2 benda utk berdiri,mentadbir atau hidup krn Dia tidak sama dengan makhluknya!
MakhlukNya suatu hari yg djanjikan pasti jua binasa,namun Dia tidak! Allah
telah berfirman dalam surah arRahman:
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa[26]Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan[27]
Allah pada zatNya.
Ada suatu analogi yg Us.Muhammad
(usrah tv9) bawa sms menerangkan tentang ketidaksamaan antara Pencipta dan yang
dicipta ,
“ Petang-petang ,kita buat cekodok
atau cucur. Macam2 bentuk ada,ada yang kuning,hitam hangus,ada yg bujur,bulat.
Andai cekodok2 itu boleh berkata-kata : Agak-agaknyalah,pencipta kita sama tak
macam kita?”
Ha! Confirm la tak. Rupa kita ni
ada ke gaya cekodok??! Mestilah lagi sempurna,,,ada tangan dan kaki,hidung. Itu
baru kita,benda yg dicipta,Yang mencipta kita,Allah jalla waala mestilah lagi sempurna dan tak serupa langsung
dgn kita!
Allah pada sifatNya
Cantinya Allah,sempurnanya
Allah,tak macam kita,,,,,,,kita kalau nak cantik kena bergantung pada
make-up,nak memimpin kena ada orang bawahan yang membantu,nak kenyang kena ada
makanan,nak jalan kena ada kaki….Banyak betul benda yg kita kena ada utk
hidup.Tapi Allah tak,Dia mampu berdiri dengan sendiri! Subhanallah.
Allah pada perbuatanNya
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya [16] alBuruuj
Sahabat ingat tak kisah Sulaiman a.s yang khilangan takhta
dan kekuasaan selama 40 hari kerana isteri baginda menyembah berhala di rumah
baginda sendiri?? Dan kekuasaan baginda terletak pada cincin baginda yg
kemudiannya hilang apabila berada dalam jagaan isterinya,lalu dilarikan jin?
Ha,cerita itulah.
Allah berkuasa utk memberikan mencabut kekuasaan dari
seseorang tanpa memerlukan sesiapa utk membantunya.
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu,hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terusmenjadi[82]
Allah mampu mentadbir alam,mncipta,memusnahkan dengan sendirinya,tanpa
bantuan suatu apa pun!
Jadi,apa lagi yang nak kita dustakan???!!
No comments:
Post a Comment