بسم الله الرحمن الرحيم
Haisy,,,makin nak dekat bulan mulia makin meriah
bertelingkah.Ni nak masuk Ramadan ,mula balik perbalahan tradisi,puak Solat Terawih
8 rakaat dan 20 rakaat.Sampai ada seorang Ustaz buat lawak,Tok Siak dah simpan
molek2 moreh,tak nak puak 8 rakaat makan. Macam-macam ^0^.
Apa-apa pun,saya nak berkongsi sedikit dengan sahabat
sekalian arikel Ustaz Zaharuddin dari maulana Sheikh yusuf alQaradhawi tentang
kelebihan Nisfu Syaaban. Bab ni pun hampir orang berbalah. Ada nas ke Majlis
Bacaan Yasin, sembahyang sunat dan berdoa beramai-ramai di masjid pada malam
nisfu Syaaban atau itu semua bidaah. Ha,baca molek2…kalau salah tolong
tunjukkan.
Maulana Sheikh Dr.Yusuf alQaradhawi berkata : "Aku
teringat, aku juga di waktu kecil aku mengikut sahaja apa yg mereka lakukan,
kami solat 2 rakaat dgn niat panjang umur, 2 rakaat dgn niat menjadi kaya, dan
bacaan yasin kemudian solat 2 rakaat dsb. sebenarnye semua ibadah2 tersebut x
dituntut syara'. hukum asal ibadah adalah tidak boleh (mesti ada dalil). Manusia
tidak boleh mencipta ibadah mengikut cara yg dia suka, kerana yg mempunyai hak
tersebut (mensyariatkan cara utk beribadah) hanyalah Allah. [apakah mereka
syariatkn dlm agama apa yg tidak diizinkn Allah?] maka kita seharusnya beramal
dgn apa yg warid (dari Quran dan sunnah) shj"
Haa,bukan org Melayu je baca Yaasin 3x,depa pun buat juga
kat sana.
Kalau aliran pondok, Syeikh Muhd Alawi al-makki dan Sheikh Nuruddin
al-banjari seakan mempertahankan amalan ini, sbb hadis pasal fadilat nisfu
syaaban byk, Dr Alqaradhawi pun setuju kelebihan Nisfu Sya'ban ni ada hadisnya
malah ada yang hasan. Mungkin atau memang kita kepelikan, Why must Yaasin 3 x
(omputih pula ) ? Itu mgkin sekadar pendapat para Ulama’.
Namun,mengikut pdpt
hadis hasan tu, yg warid dari nabi ialah baginda berdoa dan beristighfar mlm
nisfu Syaaban tu.
Mungkin Ulama’ terdahulu beramal dgn amalan yang khusus krn keadaan
masyarkat sekeliling yang tak berapa nak sedar yang Ramadan dah nak mai,jadi
ini shaja cara supaya masyarakat tidak terkezut. Tiba2,aik esok dah puasa??
Cuma,Us.Dasuki semasa mendiskuskan kitab karya Said Hawa
sempat mengulas tentang ni. Tak ada masalah nak buat ,buat,,,tak nak buat diam.
Siapa2 yg tak biasa puasa isnin khamis,pas nisfu syaaban ni makruh dia
berpuasa. Yang paling penting,malam nisfu syaaban perbanyakkan istighfar.
Ulamak khilaf ttg hadis ni , ada yg cakap dhoif , ada yang ckp naik ke darjat hasan lighoirih dgn sebab byknya riwayat dari segi makna pada bab yang sama ,
maka klu trima pendapt hassan ligoirih , maka tiada masalah ..
klu trima sebagai dhoif , tiada masalah untuk beramal dgn hadis2 dhoif pada fadhail 'amal ... ( kecuali wahabi , mereka tak trima langsung hadis dhoif )
(credits kpd sahabat)
P/s letih mendengar pertelingkahan benda2 mcm ni,bincanglah
elok2 jangan nk angkat2 bibir pula. Daie kena pandai melihat kpd objek
dakwahnya,baik orang awam atau pelajar. Nabi kan pernah bersabda :
No comments:
Post a Comment