بسم الله الرحمن الرحيم
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah kelangit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah);dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dansesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, merekamengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dariTuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.(2:144)
Ayat ini diturunkan ketika
Nabi Muhammad s.a.w sedang solat berjemaah dengan para sahabat di Masjid di
Madinah yg kemudiannya masjid itu dikenali dengan masjid Qiblatain.
Yahudi mengejek kerana
kesamaan kiblat umat Islam dengan mereka yg menghadap ke Masjidil Aqso. Keluh-kesah
baginda menadah tangan berdoa agar Allah swt menukarkan kiblat.
16 bulan kemudian baru Allah
makbulkan.Maka bertukarlah kiblat dari Masjidil Aqso ke Masjidil Haram.
Pertukaran itu berlaku ketika solat,sesetengah riwayat mengatakan semasa solat
Zohor,ada juga yg mengatakan pada 15 Syaaban,17 Syaaban,almuhim tertukarlah
kiblat. Nabi bergerak,diikuti para sahabat,,,saf yang di belakang sekali hanya
memusingkan badan mereka sahaja.
Nabi Muhammad s.a.w,,kekasih
Allah pun setelah 16 bulan baru doa baginda diterima,,kita yang ibadah seciput
ni pun sibuk tanya bilalah Allah nak makbulkan doa kita. Kita buat kerja
kita,jangan sibuk dengan kerja Allah. Ada tak pekerja bila datang ke
pejabat,dia tanya ketuanya,” Boss,dah siap kerja? “ Confirm,lps tu dia keluar
dgn bawa kotak.
Nikmat yg kita dapat hari ini
pun mgkin kerana doa kita dahulu atau doa nenek moyang kita…yang penting kita
berdoa.
.
Jadi,bila dah bertukar
qiblat,orang kafir terus mengejek ,lepas ni tukar mana pula. Allah membalas dgn
firmannya dlm ayat sebelumnya,142.
Jadi macam itulah,hidup
jangandengan kata orang. Orang,,,mulut mrk memang bnyk dan takkan habis.
Pergi Masjid kata Imam
Pergi Talaqi kata Sheikh
Baca alQuran kata Qari
Dengar Ceramah kata Ustazah
MasjidilAqso tak
kena,,,,Masjidil Haram tak kena…jadi yang mana sesuai.
Jadi,hidup dengan kata Allah.
Kuliah Us Dusuki,,masjid negeri
No comments:
Post a Comment