Bismillah,,
MAT,,Mesyuarat Agung Tahunan. Diadakan setahun sekali,dan
pada masa inilah ahli jawatankuasa sesebuah persatuan akan meletakkan jawatan
dan diganti dengan calon2 yg telah memenangi pilihanraya sebelum mesyuarat ini
diadakan.Pada masa inilah,para ahli akan berbincang dan mencadangkan sesebuah usul
agar persatuan itu terus mantap dalam menjaga kebajikan ahlinya.
Kebiasaannya,persiapan sesebuah MAT itu mengambil masa
beberapa bulan.Tapi,Alhamdulillah,saya ARB.Ahlinya alahai berapa ketul sgt pun. Minggu itulah bincang,,selepas itu
pilihanraya,,,terus MAT. Teringat pertengahan tahun masa sy jadi AJK utk program
Seminar Perubatan Islam Mesir. Sebulan juga persiapan. Namun saya yakin apabila
kita berusaha bersungguh2 diselangi dengan doa dan tawakal.Allah akan
tolong.Lebih2 lagi apabila menolong agamaNya.
Kali ni,tugasan saya memang berlainan dari kebiasaannya. Almost all program sy pegang multimedia,tangkap gambar,buat pamphlet, pasang PA system. Kali ni,saya pegang Tempat & Protokol.Memang tiada idea. Bayangkan saya menghias2 tempat utk
mesyuarat.Saya,,seorang yg Mak gambarkan ‘tangan keras’ ni menghias rostrum,,,Mengemas
mmg kesukaan,vacuum,tp hias2 ni mmg fail!
p/s klu perasan ada poster calon pengerusi di pintu ^0^...bukan kempen ye.
Alhamdulillah,dgn bantuan sahabat,comel juga pintu gerbang
nk masuk dewan utk MAT.Nasib baik mak masa dtg ari tu dia bw lagsir hitam,,sbb hiasan yg biasa dgunakan dh totally ruined sbb stp kali
program guna itu je. Credits to K.Jannah,Pi,Biah n Ucu yg mbantu meleraikan
kekusutan urat Frontal.
Mmg ajaib betul kpulangan kali ini.First,xabes2 shock dgn
kerja yg tiba2 bertukar dr multimedia ke persiapan tempat.Tiba2 jadi calon utk AJKT sesi 2012/2013. Ya
Allah,,mmg bertukar sggh kehidupan . 3 orang taqdim,hehehe. Takut memegang
amanah ni.Bukan tahniah tapi takziah krn memegang taklifan yg kelak akn disoal.
Teringat saidina Umar yg menolak agar anak beliau menjadi pemimpin.Beliau
berkata dlm keluarganya,biarlah beliau seorang sahaja yg disoal kelak.
Ya Allah permudahkan.
No comments:
Post a Comment