Pages

Friday, January 10, 2014

Peringkat Wali Allah

Bismillah,,,

Imam Asy-Syafi'i r.a merupakan seorang yang faqih dan hakim. Syair beliau yang sangat luarbiasa. Banyakkanlah membaca karangan Imam. Beliau merupakan seorang wali Allah.Bukan Abdal tetapi Nujaba'. Kerana wali Allah yang berada di peringkat Abdal tidak akan mempunyai zuriat walaupun sudah berkahwin.



Siapakah Wali Abdal?
Iaitu suatu kumpulan/golongan dari kalangan para wali Allah SWT, apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang wali yang lain. Mereka ini wujud pada setiap zaman, dan realiti menunjukkan bahawa darjat kewalian ini adalah satu peringkat tertinggi dalam bidang/alam kerohanian. Dikatakan, mereka adalah daripada kumpulan para wali Allah yang dengan merekalah diminta daripada-Nya untuk diturunkan hujan, mengalahkan musuh serta dijauhkan daripada bala dan azab.

Siapakah Nuqaba' ?
An-Nuqaba berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai arti ketua suatu kaum. Wali Nuqaba itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi dihati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk tahu tentang sifat seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah.
 1 Abad 12 orang  {وَبَعَثْنَا مِنهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيباً }

Siapakah Nujaba' ?
An Nujaba berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai arti bangsa yang mulia. Wali Nujaba pada umumnya selalu disukai orang. Dimana saja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahwa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya.

Apakah Qutub Atau Ghaus?
Al-Aqtab berasal dari kata tunggal Al-Qutub yang mempunyai arti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al-Aqtab adalah pangkat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai pangkat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Pangkat ini berpindah dari alHabib s.a.w kepada Saidina Abi Bakr r.a apabila alHabib s.a.w wafat.Dan dari Saidina Ali r.a kepada Saidina Hassan r.a .

ِApakah Qalb?
Setiap Nabi yang wafat maka wali akan mewarisi qalb nabi-nabi itu.
Qalbu Adam a.s - 1 Abad 300 orang, Qalbu Nuh as - 1 Abad 40 orang,Qalbu Ibrahim a.s - 1 Abad 7 orang.

Sahabat2 juga boleh membaca risalah Imam asSuyuthi:
 (الخبر الدال على وجود القطب والأوتاد والنجباء والأبدال )

Bagaimana dapat diketahui tentang ilmu ini?
Daripada Ahli Kasyfi.
Diketahui bahawa para Aulia di bumi ini dalam 1 Abad 124,000 orang yang mempunyai tugasnya masing-masing sesuai pangkatnya atau maqamnya.

Read more,,,
http://otam67.blogspot.com/

Wallahua3lam,,,

via maulana Sheikh Yusri h.a, Kitab Zakat, Sahih Muslim.



p/s  semua cerita tentang peringkat wali bermula hanya kerana Sheikh ingin menerangkan takrif  الغنى di sisi Imam asSyafie r.a.

الغنى : الغنى عن الشيء لا به
(Kalau kita amek duit kita faqir,,,kalau kita tak amek kita kaya)

Tuesday, January 7, 2014

Sebaik-baik Sedekah



Bismillah,,,



))عن أبي هريرة قال أتى رسول الله رجل، فقال: يا رسول الله أي الصدقة أعظم، فقال أن تصدق وأنت صحيح شحيح تخشى الفقر وتأمل الغنى ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا ولفلان كذا ألا وقد كان لفلان((

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bertanya, "Wahai Rasulullah sedekah apa yang paling utama?" Beliau menjawab:"Engkau bersedekah dalam keadaan sihat dan mengeluarkannya dan dalam keadaan kamu khuatir miskin dan mengharapkannya. Maka janganlah kamu tunggu sehingga ruh sampai di halkummu, ketika mengatakan, "Untuk sekian, untuk fulan sekian dan untuk fulan sekian padahal telah menjadi fulan."



Maksud ((صحيح شحيح)) adalah ketika di zaman muda,di masa kita sibuk mencari duit untuk membeli rumah,kereta,kahwin,nafkah isteri,ibu bapa dan anak-anak dll. Di masa inilah sedekah yang paling utama. Sebab waktu ini kita merasa susah kerana duit banyak nak pakai. Tapi,tak mengapa. Makin kita merasa susah sesuatu ibadah itu,makin tinggi ganjaran pahalanya di sisi Allah,insyaAllah.


Kita di masa muda ni bersiap-sedia untuk kesenangan di hari tua. Maulana Sheikh Yusri berkata,sama juga dengan peperiksaan. Maulana Sheikh tidak suka ‘study last minute’. Beliau selalu bersiap-sedia dari awal. Jadi semasa minggu peperiksaan,selepas solat Isyak Sheikh tidur sedangkan sahabat-sahabat beliau bertungkus-lumus mengulangkaji. Pada waktu subuh pula,Sheikh tidak lupa untuk membaca Aurod atau wirid harian. Semasa exam,tenang je jawab.Kalau 'study last minute' otak kita memerah untuk mengeluarkan maklumat kerana ia tidah dilatih sejak awak dan tidak bersedia.

Samalah juga halnya dengan seorang hamba Allah.Kita tak lama lagi akan menghadiri peperiksaan (final exam) di hadapan Allah kelak.Segala amal kita kelak akan dipersoalkan.Oleh itu dari sekarang kita harus membuat persediaan. Jangan dah terbaring nazak baru nak ulangkaji rukun iman rukun islam berapa.



Salah seorang pelajar Sheikh bertanya, “Sedekah apa yang paling utama ialah dalam keadaan sihat dan mengeluarkannya dan dalam keadaan kamu khuatir miskin dan mengharapkannya, adakah bercanggah dengan hadis yang mengatakan ((Sebaik-baik sedekah adalah dari orang yang banyak harta)) ?” 
Hadisnya :
((أن رسول الله قال: أفضل الصدقة أو خير الصدقة عن ظهر غنى واليد العليا خير من اليد السفلى وابدأ بمن تعول))


Maulana Sheikh menjawabnya tiada percanggahan kerana Nafkah terbahagi kepada dua :
1)        الفوري:  iaitu nafkah yang disegerakan. Ini termasuklah nafkah isteri dan anak-anak,nafkah menyediakan keperluan rumah. Nafkah ini tidak boleh dilambat-lambatkan.
2)        العاجلة:  nafkah yang boleh dilambat-lambatkan mengikut keperluan,contohnya membeli kereta dan rumah.


Jadi nafkah yang kedua ini lebih kepada hadis pertama tadi iaitu sebaik-baik sedekah ke 
((صحيح شحيح)).  Jadi ,tahap keafdalan sedekah itu boleh berubah-ubah mengikut hal individu. Memang ((صحيح شحيح)) dalam keadaan cukup-cukup dek kerana banyak keperluan seperti rumah dan kereta untuk disediakan. Tetapi,keperluan itu semuanya boleh dilambatkan. Sedekah lagi penting. Tetapi,jika kita senang dan mempunyai harta yang berlebihan ((ظهر غنى)),lagi afdal bersedekah.Dan mulailah dengan tanggungan dan kaum kerabat.

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jumlah yang diinfakkan tetapi hal atau keadaan seseorang hamba itu. Makin kita merasa susah sesuatu ibadah itu,makin tinggi ganjaran pahalanya di sisi Allah,insya Allah.


Wallahua3lam.
Via Maulana Sheikh Yusri h.a, kitab Zakat, Sahih Muslim.


~Keizinan menggunakan harta suami untuk bersedekah~

Bismillah,,,    
         


                        ~Keizinan menggunakan harta suami untuk bersedekah~


Seperti yg disyarahkan maulana Sheikh Yusri h.a, ada tiga jenis izin :

1)    الصريح  : Meminta izin secara jelas. “ Bang,nak  sedekah duit abang boleh?”
2)    العرفي   :   Memang sudah diketahui suami kita ni memang suka menderma,sedekah. So,kita diharuskan untuk mengambil wang itu utk diinfakkan di jalan Allah.
3)     بغير إذن  :Jika kita tidak meminta izin,dan suami itu bukanlah secara tabiat semulajadinya yang suka bersedekah ,jika kita guna juga hartanya,ia merupakan israf (berlebih-lebihan dlm membelanja) atau ifsad.





))عن أسماء قالت: قال رسول الله : انفحي أو انضحي أو أنفقي ولا تحصي فيحصي الله عليك ولا توعي فيوعي الله عليك ((

((Berikanlah atau sebarkanlah atau nafkahkanlah dan jangan engkau menghitung-hitungnya, sebab kalau demikian maka Allah akan menghitung-hitungkan nikmat  yang akan diberikan padamu. Jangan pula engkau mencegah  atau menahan untuk memberikan sesuatu-, sebab kalau demikian maka Allah akan mencegah pemberianNya padamu.))



Saidatina Asma’ binti Abu Bakar merupakan isteri kepada sahabat nabi  yang bernama azZubair bin alAwwam ( Orang pertama yang menghunus pedangnya fi sabilillah). Anak beliau Abdullah bin azZubair bin alAwwam,bayi Muhajirin yang pertama lahir di Madinah Munawwarah. Saidina azZubair bin alAwwam seorang yang kaya dan dermawan. Seseorang yang tidak pernah menolak permintaan orang lain (لا يرد سائلا).

Ada riwayat lain dari Saidatina Asma’ :


))عن أسماء بنت أبي بكر أنها جاءت النبي فقالت: يا نبي الله ليس لي شيء إلا ما أدخل علي الزبير فهل علي جناح أن أرضخ مما يدخل علي، فقال ارضخي ما استطعت ولا توعي فيوعي الله عليك((

Saidatina Asma’ mengadu kepada alHabib s.a.w bahawa dia tidak mempunyai harta selain yang diberikan suami beliau, jadi haruskan dia bersedekah juga. alHabib s.a.w mengiyakan kerana sudah makruf bahawa saidina azZubair bin alAwwam seorang yang pemurah. Jadi,jika diketahui hartanya digunakan untuk sedekah tidaklah beliau marah malah gembira dan senang hati.

Jadi keizinan untuk menggunakan harta suami hendaklah mengikut 3 hal tersebut.Tidak perlulah kita tamak mengejar kebaikan.Memang Allah menyuruh berkejar-kejar kearah kebaikan.Namun sedekah itu amalan sunat.Sanggupkah kita mengejar amalan sunat,tetapi mengundang kemarahan suami kita?!


Keratan hadis yang pertama :

((ولا تحصي فيحصي الله عليك))
((.…dan jangan engkau menghitung-hitungnya, sebab kalau demikian maka Allah akan menghitung-hitungkan nikmat  yang akan diberikan padamu.))

Maulana Sheikh Yusri selalu melihat guru beliau apabila ingin bersedekah,tidak pernah melihat jumlah wang yang akan dikeluarkan dari saku beliau. Guru Sheikh kadang-kadang keluarkan le50,le100,,tanpa  melihat sedikit pun. Pernah suatu hari maulana Sayyid Ahmad bin Muhammad asSiddiq alGhumari  (ini merupakan catatan sahabat,saya pula mendengar maulana Sayyid Abdullah bin Muhammad asSiddiq alGhumari ) memasuki Masjid Saidina Hussein. Ada peminta sedekah meminta sedekah,maulana Sheikh pun menghulurkan LE1… pada zaman itu LE1 bersamaan harga emas. Adzim.

wallahua3lam.

via maulana Sheikh Yusri h.a,Kitab Zakat, Sahih Muslim.








Monday, January 6, 2014

Jundub bin Junadah


Bismillah...



Harus bagi seseorang dinamakan dengan kuniyahnya sekiranya ia masyhur dengan nama itu.

Tahukah anda nama sebenar,sahabat alHabib s.a.w ialah Jundub bin Junadah? Namun beliau masyhur dipanggil dgn kuniyahnya.

Sabda alHabib s.a.w :
(( يرحم الله أبا ذر, يمشي وحدة ويموت وحدة ويبعث وحدة))
Semoga Allah merahmati Abu Zar yang hidup sendirian, wafat sendirian,dan akan dibangkitkan sendirian.

P/s Kuniyah adalah nama julukan seseorang dgn meletakkan di hadapan namanya 'abu' utk lelaki atau 'ummu' utk perempuan. Kuniyah alHabib s.a.w : abu alQassim.

Wallahua3lam.

Via maulana Sheikh Yusri h.a,dars Sahih Muslim.
 

Blog Template by BloggerCandy.com