Pages

Sunday, February 2, 2014

Kelembapan pada faraj Wanita.




 Bismillah,,,


Apa-apa sahaja yang keluar dari faraj wanita dan bukanlah darah yang tiga (haid,istihadah dan nifas) maka ia dinamakan kelembapan pada faraj wanita ataupun keputihan . Ia adalah cecair putih yang diragui antara mazi dan peluh. Maka seringkali kita tertanya-tanya, adakah ia suci atau najis? Adakah ia membatalkan wuduk atau tidak?



Oleh itu kesimpulan hukumnya ( kerana masalah ini terdapat banyak pendapat ulamak) adalah seperti berikut:


Jika cecair ini keluar dari zahir,maka ia bukanlah najis dan tidak membatalkan wuduk.

Jika cecair ini keluar dari batin,maka ia adalah najis dan membatalkan wuduk.

Namun,jika kita syak adakah ia keluar dari zahir atau batin, maka ia tidak  membatalkan wuduk dan bukanlah najis.


Dalil bagi hukum ini adalah : Mazi najis dan membatalkan wuduk kerana ia keluar dari batin. Jika cecair keluar dari batin maka ia seperti mazi. Dan jika ia keluar dari zahir ia seperti peluh. Dan peluh suci dan tidak membtalkan wuduk. Dan pada  keadaan syak, sesungguhnya yakin tidak hilang dengan syak    (اليقين لا يزال بالشك)  kerana yang asal adalah suci dan tidak membatalkan wuduk.



Bila dirujuk maulana Sheikh Yusri h.a, sheikh menerangkan bahawa kedudukan rahim yang dua : Rahim Dalam (أقصى رحم) dan Rahim Luar(أدنى رحم).
Rahim dalam iaitu uterus, manakala rahim luar adalah dari serviks sehingga vagina.



Dan apa yang saya faham,betulkan jika salah. Rahim luar terbahagi kepada dua iaitu zahir dan batin.  Mazi yang keluar akibat permulaan syahwat adalah dari batin.Manakala Wadi iaitu cecair yang keluar kerana penat keluar di bahagian vagina seperti diterangkan Sheikh. Maka kedua-dua ini sahaja adalah najis dan membatalkan wuduk. 
Sedangkan cecair atau keputihan yang lain adalah suci kerana keluar dari zahir.

 Dr Dahlia pernah memberitahu saya bahawa hatta serviks sendiri mengeluarkan lendir bagi melindungi faraj dari jangkitan kuman akibat tidak menjaga kebersihan atau makan makanan yang tidak seimbang. 

Kesimpulannya,mudah. Semua keputihan adalah suci kecuali mazi dan wadi. Jika kita syak keputihan itu asalnya mana, maka kita anggap keputihan itu suci,,,,setel. Alhamdulillah. Sheikh Yusri h.a pun suruh kita anggap keputihan itu iaitu keputihan yang keluar semasa kita sedang bersenang-senang (tidak penat atau disebabkan syahwat) anggap sahaja seperti peluh dan air liur. Boleh terus bawa solat,tetapi afdalnya jika ada tandas,kita cuci dahulu sebelum dibawa ke solat agar lebih selesa. 

   Mula-mula malu juga nak post gambar ni,tapi tak pe demi ilmu. Bagi kaum Adam. Ini adalah pantiliner,yang kami pakai apabila ada keputihan. Ia lebih nipis dari pad yang digunakan ketika haid. Ada pantiliner yang dibekalkan dengan herba,agak mahal dari pantiliner yang biasa.







Cara pakainya sama...
Jadi kalau isteri2 anda minta belikan,jangan confius pula.


Rujukan:

  الإبانة والإفاضة في أحكام الحيض والنفاس والاستحاضة على مذهب الإمام الشافعي  karya Sheikh Abd Rahman asSaqqaf.
      

Wallahua3lam.



4 comments:

  1. assalamualaikum wbt
    nak tanya, jadi yg keluar selain wadi dan mazi itu, hukumnya suci, dan perlu berwuduk ke setiap kali nak solat? sebab kalau kentut kan batal wuduk walaupun tak najis. mohon penjelasan. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillah,,,
      Selain wadi dan mazi adalah suci,dan tidak perlu berwuduk mengikut pendapat yang saya pgg dan penulis buku. Cuma,kalau ada tandas,kita pun nak solat dalam keadaan yg lebih selesa - nk bersihkan cecai itu pun boleh,tak nak pun tak pe,,,xde masalah.

      Kentut itu batal kerana keluar dari 2 jalan,dan kentut adalah dari dalam perut. Cecair2 yg suci adalah bukan dari dlm rahim spt yg telah diterangkan sblm ni. Dan cecair ini kdg2 keluar krn sbg protective factor kpd vagina dan cervix....wallahua3lam.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 

Blog Template by BloggerCandy.com