Pages

Saturday, October 20, 2012

Bisyarah yg dirahsiakan

Selawat al-Yusriyyah & Selawat al-Asma' al-Husna

Syaikhuna al-Murabbi Dr Yusri Rushdi al-Hasani -hafizohullah-
 
Qutuz bersedia utk Qailulah.


Selawat al-Yusriyyah - Syaikhuna al-Murabbi Dr Yusri Rushdi al-Hasani hafizohull
ah mendapat ilham untuk menulis 3 selawat ini ketika duduk bersebelahan minbar Masjid an-Nabawi dan sewaktu dalam perjalanan utk mengerjakan umrah pada tahun lepas (1432 H/2011 M).
Keistimewaan selawat ini ialah ianya diibaratkan sebagai mukhtasor/ringkasan kepada selawat2 yg terkandung di dalam kitab Dalaailul Khayrat lil-Imam al-Jazuuli rahimahullah, kitab Kunuuzul Asrar lil-Imam al-Haarusyi rahimahullah, kitab Majmu' as-Solawat lil-Imam Yusuf an-Nabhaani rahimahullah dan selawat-selawat karangan auliya' yang lain. Sesiapa yang tidak punya masa untuk membaca kesemua selawat-selawat tersebut, memadailah baginya untuk membaca selawat al-Yusriyyah ini.

Selawat al-Asma' al-Husna (gabungan di antara 99 nama-nama Allah dan selawat, merupakan syarah kepada 3 selawat al-Yusriyyah) - Fadhilat Syaikhuna hafizohullah mendapat ilham untuk menulisnya sewaktu berada bersebelahan minbar masjid an-Nabawi pada tahun ini (1433 H/2012 M). Ianya menggabungkan 2 perintah dari Allah Ta'ala, iaitu memohon hajat dengan bertawassulkan nama-nama Allah dan juga perintah untuk berselawat ke atas Baginda Nabi sollallah 'alaihi wasallam sebagaimana firman Allah 'Azza wa Jalla:

وَلِلَّـهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا
[al-A'raaf:180]

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
[al-Ahzaab:56]

Selawat-selawat ini telah disemak oleh 2 ulama' besar Mesir ketika ini iaitu Mufti Mesir Fadhilat al-Allamah as-Syaikh Dr Ali Jum'ah dan Muhaddis al-Iskandariyah al-Allamah as-Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa'ieth al-Husaini al-Kattani hafizohumallah. Kedua-dua mereka memuji selawat ini.

p/s: Syaikh Yusri menasihatkan untuk membaca selawat al-Yusriyyah dan syarah kepadanya selawat al-Asma' al-Husna paling kurang sekali dalam seminggu (hari yang afdhol untuk dibaca ialah pada hari Jumaat) kerana beliau mendapat bisyaaroh mengenai selawat ini dan tidak akan menceritakan apakah bisyaaroh tersebut.

Ada suatu pagi tu,sms kelas bacaan Hadis,,seorang pak cik Arab mengkhabarkan bahawa beliau telah bermimpi Nabi Muhammad s.aw....Ya Allah,saya yakin itulah bisyarahnya. 

Semalam,alhamulillah,selepas sy membaca selawat dan syarah asmaulhusna,kali kedua,xsempat habis pun.Saya bermimpikan sheikh Yusri. Kami sedang menuju sebuah majlis ilmu. InsyaAllah,moga aku terus istiqomah agar dpt berjumpa HabibilMustofa sollahualaihiwasallam.
Teringt kisah Hasan Ulubate yang bertemu Nabi Muhammad s.a.w saat bertemu Robb.

Allahummaja3lna minhu.

p/s call  mak tadi bgtaw ttg ada Umrah utk winter usd1200,juga ada trip ke Granada,Madrid. Kot2 la dapat greenlight n sponsor mcm winter lalu,,,haha.Tak abis cakap lagi,,usul ditolak,,Aigoo. Kerajaan Uthmaniyah tlh aku jejaki (ayat dramatis) Ingat ke tahun ni nk menjejaki Kerajaan Bani Umaiyah..hurm. Sumber kewangan tidak mengizinkan,hari tu masa di Msia,hidup mewah,rezeki dari bussiness jubah. Tu la,tabung xde licin semua. Musin sejuk kali ni,pergi Mansoura je la,lawat Mama K.Ayat. Doakan!
 

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com